Followers

Showing posts with label MOMMY TO BE. Show all posts
Showing posts with label MOMMY TO BE. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Perkembangan Bayi 0 hingga 3 Bulan

Hai..

me nak kongsikan sedikit tentang perkembangan anak-anak me semasa berusia 0 hingga 3 bulan.
Ok part kali ni abang aydan join sekaki ek.Bukan untuk membezakan cuma ingin kongsikan pengalaman 2 orang anak lelaki yang lahir sama hari dengan abangnya iaitu Jumaat.

 Wildan Uqail Bin Mohd Syahir & Ariq Ukasyah Bin Mohd Syahir
!
!
V
0 Bulan


Perkembangan 0 hingga 30 hari :
Abang & Adik : Hari pertama,keluar dari perut mummy dah pandai buka mata & paling terkarisma bila me lihat sendiri si adik doktor menyambut sedang menghisap jari subhanallah kuasa Allah,Si abg 1jam selepas tu mulut meminta menghisap sesuatu.Mereka juga pandai menangis,kencing & berak,ofkoslah kan ahaha!Kalau tak doktor tak discharge selagi tak berak,kencing & menangis.Alhamdulillah anak-anak me bebas jaundis (kuning) walau me berdarah jenis darah O. Naik umur 10 hari mereka dah mula perhatikan rupa paras muka kita,lebih-lebih lagi muka mummy & daddy dia.Betul tak?mestilah dia perhatikan muka siapa yang duduk belai siang malam,kan kan?!walaupun mereka belum lagi nampak sepenuhnya.Hari ke 20 mereka dah pandai senyum ketawa & mula meminta perhatian lebih.Dalam tempoh 30 hari si abang boleh dikatakan agak mudah & senang dalam penjagaan tidur malam.Si abang amat menyenangkan sekali tak banyak ragam bila dekat subuh sahaja dia mula mencari susu berbanding dgn si adik selepas 30 hari dia mula buat ragam malam start jam 12mlm sampai 2 3 jam mcm tu,bukannya apa dia tak nak tidur.Boleh dikatakan buat perangai dalam masa seminggu,ahahaha so mummy & daddy layanzzz!!
*orang tua-tua cakap naik umur je baby tambah akal* Ok,fine. 
Abang
Adik
!
!
V
1 months 


Perkembangan 31 - 60 hari :
Abang & Adik : Alhamdulillah,bab injection,mereka semuanya belum pernah diserang demam.Syukur alhamdulillah.Mereka mula menyusu dengan lebih kuat & kerap.Yang paling best mereka dah pandai agah-agah kita,dah boleh borak sakan.Si adik lebih mesra sedikit berbanding abang.adik pantang jumpa orang mesti senyum!nak ajak boraklah konon!ramah sangat!si abang pula walau suka buat muka ketat peminat dia paling ramai,tak kira bangsa,sampai arab & mat minah saleh & omputih pangkat nenek & atok  pun kenan dengan dia!aha!maybe geram dengan putih gebu & chubby dia kot!!!Semasa mereka usia 2bulan me cuba bagi puting,abg bertahan hanya 2minggu itupun 0n off & adik bertahan genap sebulan on off juga.Paling best me dah siap belikan pacifier brand hevea RM25 itu pun harga promotion sebelum tu me bagi avent,try and error,rupanya adik dah taknak putinglah mummy!konon beli brand hevea sama macam niple.hurm..jeluahnya dek dia!Alhamdulillah mereka dah lupakan pacifier!yeay!mummy berjaya & genap umur 2bulan juga mereka mula masuk buai,ok main buai-buai sambil berzikir & selawatlah kita.Alhamdulillah.

 !
 !
V
2 months



Perkembangan 61 - 90 hari :

Abang & Adik :
Meniarap!Alhamdulillah,sekali lagi perkembangan yang sangat-sangat dinanti-nantikan as a parents right?masuk umur 3 bulan mereka dah pun boleh meniarap dengan sendirinya.Good job my son. Adik in advance meniarap sambil angkat2 buntut kaki tolak tolak ke depan,anak mummy nak maju ke depan dah,syukur,ramai yang cakap adik berat sangat ni mesti malas,Alhamdulillah tidak sama sekali.Dia aktif sekali.Mummy & daddy love you all so much!

!
!
v
3 months
\
!!
!!
!!
V
Ariq Ukasyah bersama abang & daddy  .
Pengalaman disaat umur 0-3 bulan merupakan pengalaman yang perlu memotivasikan diri dalam menguruskan anak kecil,sama ada ibu mahupun si bapa,kena banyak bersabar klu rasa diri tu nak meroyan banyak2kan beristighfar ye,kuikuikui,alhamdulillah hari ke hari banyak input yg kita dpt,cthnya cara memandikan bayi,me sedikit pun tak kekok,dlm pantang me cukup berani mandikan anak-anak tau.Anak kita mesti kita nak buat juga!Tak ada istilah @ kamus bahasa yang diri tu tak berani nak pegang budak kecik!Ok si daddy pun tak kekok juga,cuma dia tak berapa berani kot!ahaha.Dodoikan anak pun daddy pandai kan?kan daddy kan?*harap daddy baca* kahkahkah


PAUTAN MY SON
love & hug,muahhh

Sunday, March 3, 2013

WELCOME TO THE WORLD


01-03-2013 
03:13PM


my lovely !

Syukur alhamdulillah tak terungkap dengan kata-kata tak terbayang dengan mata pengalaman terindah bagi seorang insan yang bergelar emak ibu mama mommy ummi....
Ya Allah kau telah mempermudahkan segala urusanku, Ya Allah kau juga telah permudahkan aku melahirkan bayiku dengan senang dan selamat. Hanya padaMu aku bermohon...
Syukur kau telah perkenankan doaku ya Allah.. :-)

Kongsi bersama :




*nextupdatestorymory*

Saturday, March 2, 2013

DOA : NEW BORN : BABY MUNCHKIN


Tiap-tiap hari me berdoa agar dapat melahirkan bayi pada tarikh ini. Lagipun me suka sangat dengan date 1313.Bukan nak katalah..tiap-tiap hari baby duk mengeras je start 36weeks risau jugakkan? 36minggu pun baby boleh keluar juga sebab baby pun dah matang :-) tapi hari-hari me cakap usap-suap perut rangsang perkembangan otak baby  "sabar yea sayang, sayang lau nak keluar tunggu bulan mac, lau xsabar kuar syg kuar awal 1hb lau syg sabar sikit tunggu 3hb lau syg nak duk dalam rahim lagi kuar 10hb yea sayang...." bagi mommy settle kan satu persatu yea cyg baby...

Permintaan doa terakhir :

Ya Allah....andai engkau perkenankan doa hambamu ini...lahirkanlah kandungan bayiku ini dengan mudah dan perkenankanlah doaku ini melahirkan pada hari jumaat 1haribulan 3 tahun 2013...Amin.


*just set @blog*

Thursday, February 28, 2013

MOM & DAD TO BE


MY DUE DATE : 10 03 2013



ANUGERAH DAN PENGALAMAN YANG TERINDAH DARI MAHA ESA
TERIMA KASIH ALLAH BERIKAN KAMI CIPTA SEBUAH KELUARGA KECIL 
DENGAN BEGITU CEPAT. YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH.
AMANAH DARIMU.....INSYAALLAH.









*NOTE : Ok.ramai yang tanya mana pic preggy mana pic perut.Maaf me ada sebab-sebab berpantang kenapa tak upload pic di fb dan jarang sekali me nak upload pic perut. Kata erti lain jaga kandungan sebaik mungkin :-) So inilah saat me untuk publish ! Alhamdulillah.....Now Counting 10days left !!!!!!!

Wednesday, February 27, 2013

TRIMESTER THREE : 38WEEKS 3DAYS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

My Fetal Development

*Bayi sudah bersedia untuk dilahirkan. Bayi sudah kelihatan sangat comel sekarang disebabkan lemak yang terbentuk dibawah kulitnya. Lapisan lemak yang terbentuk ini penting untuk mengawal suhu badannya selepas bayi lahir. Kulit bayi sangat halus dan lembut. Berat bayi adalah sekitar 2.7kg - 3.2kg dengan panjang sekitar 50cm. Pada bila-bila masa sahaja akan bergelar seorang ibu!!!

Monday, February 25, 2013

KELEBIHAN DAN FADHILAT IBU MENGANDUNG

Kepada bakal ibu,mom,ummi perhatikan indahnya ketika hamil :



1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Monday, February 18, 2013

My Baby : 37 WEEKS



baby w

Today 17 02 2013 My baby progress 37 weeks and 7weeks in 2013
see? 7,7,7


Baby dah matang, so bila-bila masa baby boleh keluar dari pintu rahim me...
Harap dipermudahkan segalanya...amin.

ma...baby, keluar bulan 3 ok sayang......MOM and DAD LOVEYOU !!!!

Wednesday, February 13, 2013

PREGGY : TIPS URUTAN PERINEUM


Kongsikan bagaimana tips urutan perineum bagi ibu-ibu mengandung .
 Amalkan setelah mencecah 35minggu InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan...

Teknik urutan perineum :
1.  Sapukan jari dengan minyak VCO.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa 
lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.Ia seperti anda hendak 
menahan kencing atau menahan angin keluar.Tahan selama 10 saat dan lepaskan 
10 saat.Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong 
anda semasa proses bersalin nanti.

make sure kuku mestilah pendek.Elakkan terluka.
Sangat ngeri 1st time buat pergh....sakit!!! me buat selepas mandi pagi or petang.
Rasa tegang dan lepas tu ok dah... :-)



Thursday, January 31, 2013

CHECKLIST : MENYAMBUT KELAHIRAN MUNCHKIN

As Salam !


Saat yang ditunggu akan tiba tidak lama lagi....ok, me dah sediakan segala kelengkapan barang me and baby untuk ke hospital nanti.. Semua pakaian baby me dah cuci :-) barang-barang semua dah siap packing ! Encik hubby sila angkut bag2 me and baby ke dalam bonet k.....

CHECKLIST :
Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami  :
  Kad merah ibu mengandung* Kad pengenalan ibu dan bapa*
 GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans*
 ✔ Duit*  Rekod kesihatan*


*Keperluan ibu di hospital  :
 stokin  Selipar
 ✔ Tuala wanita untuk wanita baru lepas bersalin,
 Beberapa helai pakaian ibu( pakaian yang longgar)
 ✔ Beberapa helai kain batik  Tuala
 Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, bedak,losyen,syampu)
 ✔ Pakaian dalam yang bersesuaian dengan ibu (nursing bra untuk ibu menyusu)
 ✔ sikat, bedak, getah rambut ✔ Pum susu ibu @ botol susu
 ✔ Termos air panas, cawan, sudu, mangkuk
 Minyak angin✔  Beg plastik
✔ Makanan- biskut ,air,roti, kismis, kurma Kamera
✔ Telefon bimbit✔ Al-quran✔ Air zam zam/air selusuh 
 ✔ Beberapa helai tudung instant/selendang  Nursing Pillow

untuk memudahkan kita menyusukan bayi

Keperluan bayi di hospital :
 ✔  Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties*
 topi baby / cover kepala baby*✔  Bedung/barut baby*
 Alatan mandian baby* Wet tissue- untuk lap baby*
✔ Minyak telon*✔ Baby mamy poko * ✔ Selimut dan tuala untuk bayi*
  lampin dan sapu tangan*  3 - 4 helai pakaian baby*

PREGGY : D0A DAN SURAH AMALAN SEPANJANG HAMIL





28weeks :-)
Doa :
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh."

Antara surah-surah Al-Quran yang me amalkan iaitu
Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati & kuat ingatan.
Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin.
Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa & akhlak.
Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal & jiwa.
Surah Yasin - Untuk ketenangan hati & anak tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Toha - Semoga bayi lembut hati.
Surah An-Nahl - Untuk memperoleh anak yang berdisiplin.
Surah At-Taubah - Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat.
Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat hati-hati.



Walaupun me tak dapat amalkan hari-hari,dalam seminggu me sedaya upaya selepas solat zohor or asar me amalkan membaca surah surah al-quran dan tafsir al-quran (meaning sekali) dan selepas solat maghrib me amalkan surah al-fatihah berkali-kali bersama ayat kursi dan surah al-insyirah.Setiap malam jumaat pula me amalkan membaca surah yasin.. InsyaAllah...mencari keredhaan.Jiwa lebih tenang dan lapang :-) im not perfect !

Monday, January 21, 2013

TANAMERA POSNATAL CARE SET


V
V
CONFIDENT !
V
V
V

Me beli set tanamera ni time awal tahun 2013 dengan harga RM360 and free 1lagi botol VCO !!




Awal-awal dah guna VCO, body scrub, body soap and herba bath and lavendar floral water

Apa yang me nak kongsikan lavendar floral water the best ! naikkan keserian wajah yang lesu, mengantuk dan lemah. hubby pun duk curi-curi sembur.....haha..time awal-awal mintak belikan macam-macam dia kata nanti dah beli tak pakai..huhu kali ni bkn me je pakai hubby pun turut sembur lepas mandi! heh! VCO start 30weeks me dah sapukan pada bahagian perut dan sulit kita, kata mereka menyenangkan proses bersalin and hilangkan stretch marks tapi perut me tak ada stretch mark pun badan me tak kembang  semangkung pun just peha me naik sedikit me sapukan pada perut je me tak nak perut tu nampak tegang sangat.Sebelum preggy pun me banyakkan guna bio oil je.kita try VCO pula me cuba yang terbaik. Body scrub body soap pun sangat best tak ada rasa bau wangi just neutral.Me guna awal sebab me nak rasa betul or tak apa yang mereka kongsikan di facebook and really tubuh kita sangat segar!  

Nanti me guna semua produk ini kita kongsi kembali. InsyaAllah....

Friday, January 11, 2013

PREGGY : BABY NAME




ok me banyak share kat satu blog secret me,akak tu duduk AS and baby so cute, handsome like name!! Maybe my baby also same the name with sis lol!buku nama-nama bayi pun dah ada,almaklum selagi tak puas hati google punya google terlalu banyak nama bayi nak bubuh...search punya search eee....lama-lama tak tersenarai..ahai....so how????Kang me toreh je nama tak ada maksud bising pula orang-orang lama hehe....buh nama omputeh kang cakap apa pula...haish..celaru! aha....Ok,pilih nama paling ringkas dan maksud yang baik. SEKIAN !!!!

Thursday, January 10, 2013

PLAYARD FOR MY BABY



Yeay !!! The big present !!!
Thank you to Atok Zul n Nek Ita :-)
Thanks so much !!!
Just search You Tube !!!
My hubby focus !! cayok!

1step

2nd step
3rd step

Tuesday, January 8, 2013

FINAL SHOPPING : MOM'S CARE

IKEA AND THE CURVE

THANK YOU MOM'S CARE FOR THE VOUCHER :-)


Ikea !

Avent philips,baby rompers, travel bed bubble bee and many more
*waduh lenguh kaki berjalan memilih sakan dan makan masa pilih pilih pilih pusing pusing nampak yang cantik letak balik jalan jalan lagi eeee yang ni pula geram ok!rasa semua nak angkut! ish....belajar berjimat tak boleh membazir amalan syaitan!toinkkkkk.......

Thursday, January 3, 2013

Monday, December 31, 2012

PREGGY : BUAH MANISAN SUNNAH NABI KITA


Sepanjang preggy me amalkan pemakanan buah-buahan seperti kurma, anggur, kismis dan delima. Khasiat buah-buahan tersebut sangat lumayan..anda boleh google ! 



*kurma and kismis dari Kota Mekkah *paksa hubby cari buah delima* Anggur hitam huu segarnya.....

Friday, December 28, 2012

TRIMESTER THREE : SCAN 4D AT VISION COLLEGE


MY LITTLE MUNCHKIN READY TO SCAN 4D
AT : VISION COLLEGE PETALING JAYA
PRICE : RM90.00only
INCLUDE CD, FILM AND VIDEO

always smiling !!! :-) 




video & picture lain2 saya simpan 



Alhamdulillah...indahnya dapat melihatmu didalam rahim ini...syukur tak terhingga. Baby sihat, kedudukan baby pun normal perkembangan yang sangat bijak senyum senyum sentiasa. Kedudukan plasenta pun cantik, so far no problem...alhamdulillah air ketuban pun cukup so far berat baby 1.6kg normal for 29weeks.. :-) syukur Thank you Allah segalanya Kau permudahkan.

Monday, December 3, 2012

Friday, November 30, 2012

STROLLER


Today join maternity and children expo at Midvalley 30 Nov - 2 Dec 2012

SURVEY STROLLER FOR MY BABY ONLY!

SWEET CHARITY
FAMOUS AT MALAYSIA





STOKKE BRAND 
Nyaris-nyaris nak beli.Tapi color yang berkenan dah habis stock.....weee geram!!
 tak apa tak putus asa minta sponsor!dengar dengar ada orang nak sponsor!!!!!haha