Followers

Thursday, February 28, 2013

MOM & DAD TO BE


MY DUE DATE : 10 03 2013



ANUGERAH DAN PENGALAMAN YANG TERINDAH DARI MAHA ESA
TERIMA KASIH ALLAH BERIKAN KAMI CIPTA SEBUAH KELUARGA KECIL 
DENGAN BEGITU CEPAT. YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH.
AMANAH DARIMU.....INSYAALLAH.









*NOTE : Ok.ramai yang tanya mana pic preggy mana pic perut.Maaf me ada sebab-sebab berpantang kenapa tak upload pic di fb dan jarang sekali me nak upload pic perut. Kata erti lain jaga kandungan sebaik mungkin :-) So inilah saat me untuk publish ! Alhamdulillah.....Now Counting 10days left !!!!!!!

Wednesday, February 27, 2013

TRIMESTER THREE : 38WEEKS 3DAYS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

My Fetal Development

*Bayi sudah bersedia untuk dilahirkan. Bayi sudah kelihatan sangat comel sekarang disebabkan lemak yang terbentuk dibawah kulitnya. Lapisan lemak yang terbentuk ini penting untuk mengawal suhu badannya selepas bayi lahir. Kulit bayi sangat halus dan lembut. Berat bayi adalah sekitar 2.7kg - 3.2kg dengan panjang sekitar 50cm. Pada bila-bila masa sahaja akan bergelar seorang ibu!!!

Tuesday, February 26, 2013

SENARAI HOSPITAL SWASTA DI LEMBAH KLANG


Perkara yang utama adalah survey market and services. Then kita buat pilihan yang bijak. Jangan terlalu gopoh untuk menentukan dimana kita hendak bersalin....rileks ada 9bulan kan? Choose the best and Gud Luck !!!

Antara senarai hospital yang berdekatan dengan kediaman me :

Hospital Umra Shah Alam - Terlalu jauh walau di Shah Alam
Hospital Az-Zahra Bangi - Dekat dengan rumah FMIL , Layanan so far ok..
Hospital Razif Klang - Dekat tapi servis mengecewakan memang fail 1st time pergi checkup kat sini,sebab-sebab sila google and rujuk pada makcik kawan-kawan yang bersalin disini.anda tahu jawapannya.
Hospital KPJ Selangor Specialist - Not Bd tapi me tak selesa ,hospital ok tapi terlalu sibuk macam serabut sikit.
Sentosa Specialist Hospital Klang - Sangat dekat dan Dr O&G yang sangat baik layanannya.Sangat selesa!
Pusat Bersalin Barakah Bandar Puteri Klang - Sangat dekat tapi hospital nak berpindah di awal tahun 2014 so me decide so ok...

Me banyak rujuk pada kawan-kawan me yang pernah bersalin dihospital razif, barakah dan sentosa. So dari situ me dah boleh compare mana yang better layanannya...

Kita lihat dimana me ADMIT ok :-)

Monday, February 25, 2013

KELEBIHAN DAN FADHILAT IBU MENGANDUNG

Kepada bakal ibu,mom,ummi perhatikan indahnya ketika hamil :



1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Sunday, February 24, 2013

TONY ROMA'S AT ECURVE


muka gelojohhhhhhhhhh
He...thanks hubby pose kat fb bagi makan puas puas sebelum baby keluar !!!! 
hahahaha...weekend je dapat makan western !! nyumi.......

Monday, February 18, 2013

My Baby : 37 WEEKS



baby w

Today 17 02 2013 My baby progress 37 weeks and 7weeks in 2013
see? 7,7,7


Baby dah matang, so bila-bila masa baby boleh keluar dari pintu rahim me...
Harap dipermudahkan segalanya...amin.

ma...baby, keluar bulan 3 ok sayang......MOM and DAD LOVEYOU !!!!

Saturday, February 16, 2013

I AM MOBILE STOKIS SNE





FOR INFORMATION, I NEEDED DROPSHIP AGENT
PLEASE CONTACT ME AS SOON AS POSSIBLE
THANK YOU.... :-)

Wednesday, February 13, 2013

PREGGY : TIPS URUTAN PERINEUM


Kongsikan bagaimana tips urutan perineum bagi ibu-ibu mengandung .
 Amalkan setelah mencecah 35minggu InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan...

Teknik urutan perineum :
1.  Sapukan jari dengan minyak VCO.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa 
lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.Ia seperti anda hendak 
menahan kencing atau menahan angin keluar.Tahan selama 10 saat dan lepaskan 
10 saat.Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong 
anda semasa proses bersalin nanti.

make sure kuku mestilah pendek.Elakkan terluka.
Sangat ngeri 1st time buat pergh....sakit!!! me buat selepas mandi pagi or petang.
Rasa tegang dan lepas tu ok dah... :-)



Tuesday, February 12, 2013

MAK BIDAN DAN RAHSIA BERPANTANG 100 HARI

Awal-awal dah beli set Tanameera
3 bulan sebelum bersalin perkara yang utama adalah mencari bidan yang terbaik dari rakan-rakan sebaya yang telah melahirkan bayi. Ok, 1st me tanya bff me Yana, memandangkan bff pun berpantang di rumah mertua and guna khidmat mak bidan di Pahang just balik sini urut badan sahaja after 44hari. Ok, seterusnya me tanya bff me Dell, Dell berpantang disini so dari sini me bersharing dengannya.

Perbezaan Mak Bidan me and Dell :

Me : Mak Bidan Charge RM100.00 untuk sekali so kali kan 5hari RM500.00
Dell : Mak Bidan Charge RM225.00 untuk 5hari

Apa yang me dapat dengan RM500.00 5hari ?
Mandikan bayi,mandian herba ,bertangas ,bertungku ,urut ,pakaikan bengkung.
Perkhidmatan mak bidan Dell hanya urut badan dan mandikan bayi sahaja.Berbezakan?


Ini rupa bertangas pada yang tak tau bertangas tu apa.


Ok, nampak mahal tapi itulah hakikat zaman sekarang tiada yang murah.Me pun banyak survey google yang boleh walk in ke rumah hanya urut sahaja RM80.00. Yang kat sini semuanya nak menjemput, tak ada masa pula nak jemput-jemput pula.Lastly me dapat mak bidan iaitu mak mertua sepupu me dari Prima Saujana Kajang me call Auntie Aini so pada you all yang nakkan perkhidmatannya boleh contact for appointment, anytime only KL and Selangor.


Mak Bidan : Auntie Rumaini @ Aini 
phone number : 012-363 6185



Berpantang 100Hari anda mungkin pernah dengar?


Ok,last week me hang out with my sister.Biasalah duduk bercerita pasal preggy and sorang dari kawan sis sangat ramah orangnya.Soal berpantang?Dia kata ada rahsia kena pandai jaga sebaik-baiknya berpantanglah 100hari. Ini disebabkan amalan orang-orang lama suka berpantang 100hari kalau badan nak sihat kuat ikut pantang 100hari,100hari pun still pakai bengkung berpeluh-peluh pergi kerja and yang penting husband suka dan sayang,husband lagi galakkan kita untuk sihat.Dengarlah cakap akak percaya! tapi akak tu memang cantik kurus, tinggi, body sekeping je umur 34tahun muka ceria! Soalnya...mampukah 100hari? Boleh tahan ke............kuikuikuikui.....  

Thursday, February 7, 2013

PREGGY : BABY DEMAND : PIZZA


HARI HARI NAK PIZZA...!!!
MY BABY DEMAND ! TAK DAPAT PIZZA NAK LAMP CHOP !!!


me akan pastikan hubby balik kerja bawa pulang pizza !!

*LAMP CHOP SELALU TUNGGU WEEKEND*

*urghh teringat kat bos RHB suka belanja dominos*

Monday, February 4, 2013

FEBRUARY IS COMING


February masa untuk berehat sakan!!
tapi...still attend kenduri kahwin kawan-kawan me....

sorry dot..aku rasmikan dulu bunga itu !
MELAWAT BABY DILA

Daneen 2weeks , Adam 4month
MENGHITUNG HARI , SEBULAN LAGI....INSYAALLAH.....