Followers

Showing posts with label PREGGY. Show all posts
Showing posts with label PREGGY. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Perkembangan Bayi 0 hingga 3 Bulan

Hai..

me nak kongsikan sedikit tentang perkembangan anak-anak me semasa berusia 0 hingga 3 bulan.
Ok part kali ni abang aydan join sekaki ek.Bukan untuk membezakan cuma ingin kongsikan pengalaman 2 orang anak lelaki yang lahir sama hari dengan abangnya iaitu Jumaat.

 Wildan Uqail Bin Mohd Syahir & Ariq Ukasyah Bin Mohd Syahir
!
!
V
0 Bulan


Perkembangan 0 hingga 30 hari :
Abang & Adik : Hari pertama,keluar dari perut mummy dah pandai buka mata & paling terkarisma bila me lihat sendiri si adik doktor menyambut sedang menghisap jari subhanallah kuasa Allah,Si abg 1jam selepas tu mulut meminta menghisap sesuatu.Mereka juga pandai menangis,kencing & berak,ofkoslah kan ahaha!Kalau tak doktor tak discharge selagi tak berak,kencing & menangis.Alhamdulillah anak-anak me bebas jaundis (kuning) walau me berdarah jenis darah O. Naik umur 10 hari mereka dah mula perhatikan rupa paras muka kita,lebih-lebih lagi muka mummy & daddy dia.Betul tak?mestilah dia perhatikan muka siapa yang duduk belai siang malam,kan kan?!walaupun mereka belum lagi nampak sepenuhnya.Hari ke 20 mereka dah pandai senyum ketawa & mula meminta perhatian lebih.Dalam tempoh 30 hari si abang boleh dikatakan agak mudah & senang dalam penjagaan tidur malam.Si abang amat menyenangkan sekali tak banyak ragam bila dekat subuh sahaja dia mula mencari susu berbanding dgn si adik selepas 30 hari dia mula buat ragam malam start jam 12mlm sampai 2 3 jam mcm tu,bukannya apa dia tak nak tidur.Boleh dikatakan buat perangai dalam masa seminggu,ahahaha so mummy & daddy layanzzz!!
*orang tua-tua cakap naik umur je baby tambah akal* Ok,fine. 
Abang
Adik
!
!
V
1 months 


Perkembangan 31 - 60 hari :
Abang & Adik : Alhamdulillah,bab injection,mereka semuanya belum pernah diserang demam.Syukur alhamdulillah.Mereka mula menyusu dengan lebih kuat & kerap.Yang paling best mereka dah pandai agah-agah kita,dah boleh borak sakan.Si adik lebih mesra sedikit berbanding abang.adik pantang jumpa orang mesti senyum!nak ajak boraklah konon!ramah sangat!si abang pula walau suka buat muka ketat peminat dia paling ramai,tak kira bangsa,sampai arab & mat minah saleh & omputih pangkat nenek & atok  pun kenan dengan dia!aha!maybe geram dengan putih gebu & chubby dia kot!!!Semasa mereka usia 2bulan me cuba bagi puting,abg bertahan hanya 2minggu itupun 0n off & adik bertahan genap sebulan on off juga.Paling best me dah siap belikan pacifier brand hevea RM25 itu pun harga promotion sebelum tu me bagi avent,try and error,rupanya adik dah taknak putinglah mummy!konon beli brand hevea sama macam niple.hurm..jeluahnya dek dia!Alhamdulillah mereka dah lupakan pacifier!yeay!mummy berjaya & genap umur 2bulan juga mereka mula masuk buai,ok main buai-buai sambil berzikir & selawatlah kita.Alhamdulillah.

 !
 !
V
2 months



Perkembangan 61 - 90 hari :

Abang & Adik :
Meniarap!Alhamdulillah,sekali lagi perkembangan yang sangat-sangat dinanti-nantikan as a parents right?masuk umur 3 bulan mereka dah pun boleh meniarap dengan sendirinya.Good job my son. Adik in advance meniarap sambil angkat2 buntut kaki tolak tolak ke depan,anak mummy nak maju ke depan dah,syukur,ramai yang cakap adik berat sangat ni mesti malas,Alhamdulillah tidak sama sekali.Dia aktif sekali.Mummy & daddy love you all so much!

!
!
v
3 months
\
!!
!!
!!
V
Ariq Ukasyah bersama abang & daddy  .
Pengalaman disaat umur 0-3 bulan merupakan pengalaman yang perlu memotivasikan diri dalam menguruskan anak kecil,sama ada ibu mahupun si bapa,kena banyak bersabar klu rasa diri tu nak meroyan banyak2kan beristighfar ye,kuikuikui,alhamdulillah hari ke hari banyak input yg kita dpt,cthnya cara memandikan bayi,me sedikit pun tak kekok,dlm pantang me cukup berani mandikan anak-anak tau.Anak kita mesti kita nak buat juga!Tak ada istilah @ kamus bahasa yang diri tu tak berani nak pegang budak kecik!Ok si daddy pun tak kekok juga,cuma dia tak berapa berani kot!ahaha.Dodoikan anak pun daddy pandai kan?kan daddy kan?*harap daddy baca* kahkahkah


PAUTAN MY SON
love & hug,muahhh

Thursday, June 26, 2014

Pengalaman Mengandung Mengikut Trimester


TRIMESTER PERTAMA



Sekali lagi berkongsi pengalaman mengandung, kali ini preggy agak terpinga-pinga bertambah perasaan keliruan mana tidaknya tak mabuk, tak loya, di awal preggy tu rasa bertenaga sahaja, kerja macam biasa, naik motor merempit sampai PJ naik LRT slumber, sikit pun tak beri hint tanda-tanda awal pregnant!indahnya ciptaan Allah."sumpah me tak perasan yang me pregnant lagi". Oktober 2013 segalanya memberi tanda soal ??? me tak tahu bila last period kot,unremark!ahaa biasanya hubby yang ingat, tapi kali ni dia pun sama tak perasan pula bila me last period ahaahaaa, nak dipendekkan cerita "hadiah hari ulangtahun kelahiran kami berdua" tergerak hati nak buat UPT bila diri terasa kelewatan period pula,emmm ok,mom & dad sampai 3kali beli UPT, 1st & 2nd check time balik keje,so time tu malam. Dalam hati, minta keajaiban, wooooww! ternyata 2line. Ok!! still tak percaya!selang 2hari lagi,beli UPT kt Jaya Jusco,check time pagi pula, sambil pejamkan mata, eh.....2line juga.Encik suami pun berkata,terima dengan hati terbuka sambil memberi senyuman ketam lemau.Dari situ mulalah macam-macam perasaan ada,pelbagai luahan si isteri kepada suaminya ahaahaaa.Ok weekend hubby pun bawa me pergi checkup untuk final confirm,1st kami pergi check di Az Zahra Bangi, ternyata positif & bila scan, baby agak dah besar, woot wooot....dah masuk 10weeks.Wow! so amazing rupanya kehulur kehilir ada isi. eurm pelik juga sebab sikap wildan tak ada tunjukkan reaksi or perangai yang menjengkelkan pun. Good son! Itulah yang dikatakan kita manusia hanya merancang Allah yang menentukan.

for double confirm checkup di specialist pula, yea doktor sahkan me pregnant, me suka consultant dengan Dr.Madhu sebab dia seorang wanita berusia, berpengalaman, berpengetahuan dalam pakar O&G.(Doktor time wildan)Terima kasih doktor beri kata-kata dorongan.
she said" you all very young so you all masih kuat masih mampu mungkin 10tahun lagi you all jadi kaya raya,Tuhan beri terima sahaja,biarkan apa orang nak kata.Positive and Believe!Hargailah kehadiran sebesar "diamond"(zuriat).Ucapan tahniah diberi & sememangnya kamu pasangan yang subur,bersyukurlah.
kata-kata positif dari seorang Doktor berbangsa India.Subhanallah,kadang-kadang kita perlukan kata-kata semangat dalam hidup kan,tak kiralah siapa yang memberi kata-kata tersebut.Ok, balik rumah, hubby cakap dengar tu sayang "diamond" diamond tu mahal nilainya syg....terima dengan hati terbuka ok. me?baiklah.Ok dari situ kami berkongsi cerita, rasa-rasa baby boy or girl? tipulah setiap pasangan mesti nak kan sepasang kan?tapi husband me tak kisah pun,me je yg lebih, dengan harapan tiap-tiap malam me bertanya soalan yang sama dekat hubby...ahahaha......hubby cakap twin kot!!emm. . . .

TRIMESTER KEDUA 

Alhamdulillah, trimester two 13-27weeks . hari ke hari perut mula membesar, sambil duduk meraba-raba perut still tak percaya siap suruh hubby raba sekali ahaha "kenapa perut tak rasa besar pun" si isteri boleh pula tanya si suami macam tu yea aha (awal lagi mana timbul) aha still tertanya lagi dengan keajaiban ini.hikhik maklumlah buatan suami kihkihkih,me confius sebab me tak ingat langsung last date period.sebab tu me jadi camni nak refresh last date tu punyalah makan masa.Me checkup kat specialist je pintu hati tak terbuka lagi nak buka buku pink kat klinik gov,KK.haisehhh.....sorry.

Start 17weeks terasa tak selesa bila pergi & balik kerja ketika di train dalam keadaan sesak,penuh himpit oh Tuhan,mulalah me resah,berpeluh,terasa mengah tengok manusia terlalu ramai.Pernah sekali tu pergi kerja terpaksa turun kat Pudu tiba-tiba terasa kepala pusing,so secara tak langsung me MC, hurm call hubby, hubby jemput,nak buat macam mana kan itu je kot mabuk yang menyusahkan suami.ahahaha yang lain-lain tak pernah alami, muntah hijau merata pun tak pernah kadang terasa juga nak feeling-feeling morning sickners. Tapi syukur alhamdulillah me tak alami seteruk orang lain mengandung.  

Ok,start 20minggu me baru terkedek-kedek buka buku pink,hikhik so jawabnya semua kena settle ujian HIV, kencing,darah,injection kancing gigi(1Xfor2ndbaby),dental cares & minum air gula,start zero semula lol, alhamdulillah result everything ok :) tepat sekali semasa checkup di Sentosa Specialist result everything clean.Hati ibu sangat bahagia,tiada masalah keputihan,kencing kotor,darah tinggi,kencing manis,semua tiada, clean & clear gitu...syukur..nak bukti?meh dtg jumpa me akan tunjuk buku pinky itu.

hujung-hujung trimester kita "kaw2 shopping"
part paling best bila melangkah ke "Mothers Care"

TRIMESTER KETIGA 


Taknak banyak cerita,cuma nak kongsi,perasaan tu semakin mengedik-gediks,beremosi memanjang,yang jadi mangsa macam biasalah suami,kuikuikui...emm,perubahan hormon  & penerimaan roh baru dlm badan katakan.Nasiblah,dah awak mengandungkan saya,ahaa!!Sepanjang checkup pula,sentiasa ok everything ok tiada masalah kesihatan,cuma bila doktor scan kepala baby agak kecil sedikit mengikut minggu sepatutnya "makkk aiii...." 35minggu katanya, sedangkan me time tu 39minggu ok,tunggu masa nak pop!!!  Alhamdulillah baby pop 39weeks & sempurna :)

To be continue. . . 

Wednesday, March 20, 2013

EPISOD BERSALIN : LABOUR ROOM SPECIALIST HOSPITAL


03:12pm-04:00pm still at labour room
DR O&G : Dr.Madhulika

Hubby still menunggu di kamar labour room bersama baby yang cute comel and handsome ok! Time ni me dah tak ingat apa yang pasti me baring atas katil berehat sambil layan pengeluaran darah.After 20minutes baby pun settle timbang berat dan ukur panjang,maka dengan itu hubby pun pantas ke katil labour room, Kata-kata yg tak boleh dilupain :

hubby : "yunk...comelnya,baby pink putih gebu"sambil sengeh senyum tanda 
"happy & SYUKUR"
me : "hah yeke?" 
hubby : "yea...nak tengok?"
me : excited! "baby on ready ke?ofkos nak tengok!
tak puas tengok tau-tau keluar pastu baring atas dada then u potong tali pusat" 
hubby : "kejap tau"
 Ok....inilah hasil picture yang hubby snap!!!
v
v
v

Ya Allah terima kasih tak terhingga rezeki dari Maha Esa..
(still at labour room sambil melayan daarah sehingga habis keluar)

Mom sgt2 malu + gembira bila satu hospital bersalin tu kecoh yg awak dpt tittle baby pinky!! Pic no filter !!
Terima kasih Dr Madhu n Nurse2 yg buat announcement hihi!

After poopup weight & lenght,blood test diambil . 
ok,baby clean!!

After delivered baby, borak with hubby,still di katil labour room sehingga darah betul2 clear. 
Abaikan jam sill di tangan & cincin still di jari!! Menunggu sesi pertukaran baju. 
# Nurse siap mandikan me ok huhu serius layanan yang bagus!!! :-)

*Hubby underspot upload @ fb  : My Baby baru lepas keluar perut mummy dia :-)

Cannot forgot the best part  :

+Admit : Doctor said : Wow...baby sangat dengar kata parents lihat dunia 1313.
+Doctor said : Very faster, ok cun satu jahitan sahaja *gudjobmommy* nurse also happy like doctor sambil berborak.
+Sesi keluarkan uri sangat menakjubkan plupppp!!!
+Time beranak me said : "nurseeeeeee I nak berakkkk sambil contraction nurse tengok rupanya kepala baby " ahahaha serius macam sembelit tu......
+Mom,saudara mara hubby mereka kata, YaAllah budak ni tak sompat tukar baju hospital.Cantek benor baju dia bersalin.Baju pergi klia haa..siap makeup, jam, cincin lagi tu...
+After balik klia,adik beradik mom ada kat rumah,mereka terkejut.Elok je wan and arwah tok terbang ke tanah suci me pun melahirkan baby yang comel!Alhamdulillah. 
+Time bersalin me ditemani hubby sahaja.me sangat bangga hanya kamu.
+Mereka kata me lahir baby gurl, sebab me rahsiakan baby apa,hehe just wait and see...daaaa!its a boy!
+01032013 , 4:30pm family me and hubby start datang melawat.
+Handphone hubby busy macam operator.FB pula macam artis ???? 

Friday, March 8, 2013

EPISOD BERSALIN : TIPS CONTRACTION 5 MINUTES & BABY NAME

Thank you ALLAH kurniakan seorang ahli baru yang sangat comel gebu handsome goood boy dalam rumahtangga kami.Saat-saat yang paling manis yang sangat indah yang sangat-sangat bahagia. Alhamdulillah.

Kongsi cerita :
Tanggal 01032013 : 
Subuh : Wake up >>> Toilet >>> Darah sebesar duit lima sen kelihatan 

Apa yang pasti perasaan me langsung tiada rasa kerisauan tentang darah sebesar lima sen itu. Awal pagi just tanya pada abah me, "bah...kalau darah keluar tu tanda nak bersalin ke? Abah : "eyh dik nak bersalin dah tu" me : "bah...sikit je darah tu sebesar lima sen je pun" abah : "jangan main-main dik, kena pergi hospital cepat,tanda dah keluar" me : "taklah...tak sakit pun" 
*after me mandi me ke bilik bagitau kat husband.Hubby pun duk cool, rileks macam me jugak*benda mcm ni tak perlu cemas ok*sebab me and hubby nak pergi KLIA pagi tu hantar tok and wan berangkat ke Kota Mekah*me sempat guk singgah rumah akak me and me bagitau me tanda da keluar tapi besar lima sen je. Akak me pun bising jugaklahkan..knp nak pergi klia pergi hospital je. me just btau ala....tak sakit lagi, duk hospital kan boring.ahaha...

10:30 am : KLIA 

Dalam perjalanan ke klia , me sentiasa pegang perut usap-usap manja dalam kereta sambil bercakap-cakap dengan my munchkin ala tomey-tomey cayunk mommy...cayang sabar yea, bagi mommy jumpa tok and wan,bagi mommy settlekan perihal mommy and daddy ye,nak keluar pun tunggu mommy selesai ok cayunk... :-) so sweet kan?ahaha...

Ok, sangat puas bila dapat jumpa tok and uwan, entah kenapa perasaan tu berat sangat mengatakan apa sekalipun nak juga jumpa tok and uwan!!!! *kisah selanjutnya* Salam-salam jumpa tatap muka gelak senyum sengeh , semua suruh kami pulang cepat..takut2 me terberanak.Me cakap kat mak abah semua tak pe tak sakit lagi, ok lagilah.Time tu me rasa dari carpark dah banyak berjalan, jalan pun slow je sambil hubby pegang tangan. Jalan slow sebab nak berhati-hati :-) 

11:15 am : On the way (rumah or hospital) >> Call Doctor 

Ehem....kat klia tu me sempat guk bershoping jap, beli cokelat!juice drink! huu sedap sedap!! Dalam kereta dari highway kota warisan ke skve . Wah....fantastik...tak rasa sakit. Pergi toilet just check darah, ok baru sebesar 50sen pula :) time tu dalam kereta setiap 5minit me tengok jam hubby ! nak sure kan contraction.  hubby tanya sakit dah ke? me : "xlah...xsakit lagi" Still berhati-hati lagi. Hubby me cakap pergi hospital teruslah duduk sana takut nanti sakit kuat, me : "alah...taknaklah duduk hospital boringlah" hubby : "hospital best boleh rehat-rehat"bkn hospital cikai tu. me : "still xnak.Nak balik rumah jugak!nak tidooooor bab malam tu sampai kul 5am me tak tidur ok *kisah selanjutnya*  Call doctor just inform tanda2 bersalin.

12:15pm- 1:30pm : Petronas : Tapau nasi ayam tempayan : Ziarah kubur ibunda : Rumah : Contraction

Hi...sempat lagi ok! hubby beli makanan untuk lunch. Then hubby bawa laluan ke kubur arwah bonda, sempat me doakan ibunda and minta izin segala-galanya dipermudahkan. Ok sampai rumah jam kelihatan pukul 1:00pm time untuk makan..hah! Time ni makan sampai habis tapi terasa dah 5minutes contraction kejap-kejap me tengok jam, makan sambil kata adui...ishkk sakit pula,adui...Abah me ckp dah mula sakit dah tu. hubby kata nak pergi hospital tak ni..me : kejaplah...sakit dah hilang,nak baring jap. hehe sempat buka tab on fb jap. 

01:40pm : Contraction 5minutes 

After rest, me inform hubby, u teman i yea xyah pergi solat jumaat.I rasa dah kerap sakit 5minit ni.Then me pun cakap jomlah pergi hospital. Hubby and me pun siap-siap takut keluar lewat jalan jem nanti orang solat jumaat keluar stuck kat jalan pula tapi sempat lagi menyingah kedai beli apa yang patut. Time ni me tak rasa pun nak guling-guling ke apa, rileks je duk dalam kereta tarik nafas simpan tenaga sambil telan VCO Tanamera.

2:00pm : Destinasi Sentosa Specialist Hospital

Jumaat segala penghulu hari,perjalanan nak ke hospital ambil masa 20minit but hari jumaat jalan agak sebok masing2 kejar masa untuk balik office right? highway kesas ok lagi bila masuk arah kota kemuning agak sesak ye. Jem habis!! he...time ni duk senyum lagi tahan sakit. hubby tanya "sakit ek?" me : "tak sangat" 5minit sakit 5minit ok xrasa nak guling pun just muka je pucat.Hubby still boleh drive ke hospital memandangkan bini duk cool je kan...kalau me cuak cemas maybe hubby pun tak tentu arah kot.Just istighfar banyak-banyak dalam hati sambil telan VCO ulangi VCO.

2:40pm : Admit : Hospital

mampu lagi buat peace yoo!!


Nurse bawa me naik wheel chair then masuk check up nak sure kan me kena admit or tak.Ok, doktor check,5cm dah terbuka and doktor kata 3 5 jam akan bersalin :-) then nurse pun layan me & sentiasa dengar denyutan jantung baby nak pastikan baby sihat sambil ditemankan hubby. Huu...weeehuuu....masyaAllah, subhanallah contraction bermula disini semakin kuat kuat kuat. Hubby sambil pegang-pegang tangan usap-usap kepala me menahan sakit contraction 5minit ok 5minit sakit. Me banyakkan istighfar, ok time tu dah tenang sikit hubby pun turun bawah and sambil nurse nak ambil baju nak tukarkan baju hospital pasrah sakit semakin kerap dan kerap....memang tak boleh tukarkan baju me terus masukkan ke labour room, sebab me cakap "I nak berak ni nurse" sakit" nak berak!!! ahahaha...xberak pun.ok nurse check lagi oh ok sekejap ye. Jangan teran rileks tarik nafas, jangan teran ok! me pun duklah tahan tahan sambil mengucap tarik nafas. 

2:55pm : Labour Room
Dia peneman suka duka me ! love u hubby!so touch muahhh!!
Ok!me diangkat dengan 2orang nurse untuk pindah katil labour room.Memang takdan nurse nak tukarkan baju.Nurse duk pesan pesan jangan teran rileks rileks jangan teran tarik nafas puan. Actually time tu me rasa kepala baby dah kat bawah mayb dah terkeluar sikit sebab sakit kot macam orang nak berak keluarkan seketul najis seperti sembelit tu...hah bayangkan!  

3:05pm : Prepare Deliver Baby

Nurse prepare untuk deliver baby, tapi hubby pula time tu tak muncul-muncul.Hubby kena turun ke bawah untuk isi form.Nurse call hubby line busy, doctor suruh call lagi call encik syahir sampai dapat btau nak deliver baby *speaking* *hubby byk dapat pangilan dari abah mak saudara-mara kawan-kawan* nurse tak putus-putus call yang me ni duk tahan nak meneran dah. 3minit lepas tu hubby pun muncul.Doctor pun dah standby, ok kita ready "saya cakap teran you teran ok" ikut arahan saya ok" me : "ok ok dah tak tahan dah ni" berdenyut denyut dah. Sambil speaking speaking...

3:10pm : Ok, Teran !!!! terannnnnnnnnn........ggggggggggggggggggg........ sambil hubby kat sebelah pegang tangan kuat kuat.Ok!jangan teran yea kepala baby dah keluar, sedut air ketuban pada mulut baby pula. Ok! Push !!!!!! me pushhhhhhhhhhhhhhhhhh sekuat hati!!! ggggggggggggggggggggggggggggggg.........plup!!!!!



CARA MENERAN SEMASA BERSALIN :


1.angkat kepala dagu cecah dada.2. mata pandang perut

2.tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

3.masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat.masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.
4.tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax.
5. baca bismilah, selawat.
6.tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat) 



hubby diberi peluang untuk memotong tali pusat zuriatnya :) terketar2 dia 1st time katanya..
pic 2nd tu time hubby azankan , tengok tu dia main main mata good boy!


3:13pm : Alhamdulillah syukur subhanaAllah Ya Allah.Terima Kasih Ya Allah segalanya kau permudahkan *diatas katil mengucap sekuatnya setelah lihat bayi yang me kandung 9bulan selamat dilahirkan dengan sempurna :-) TERINDAH !!!! Doctor pun say : Boy !!! terus letak baby atas perut me.MasyaAllah anugerah Allah, sangat menakjubkan!!! Doctor bagi hubby potong tali pusat baby atas perut me :-) PENGALAMAN!!! The best moment!Then sempat berposing ok! Then hubby terus ambil wudhuk untuk azankan baby yang sangat comel.

Senarai nama ?
Paling banyak disenaraikan ha3 tapi satu pun tak ambil. Yang kami pilih last minute punya nama (10 hari lg nak deliver)..nama tu jadi pilihan sebab rasa paling dekat dgn jiwa...Yela sbg parents dapat rasa watak jiwa yg suitable bt anak....kan??

Nm yg kami senaraikan , *konon laa nak sama ada S & Z , S tu daddy Z tu mommy konon.. Tp time mengandung suka sangat dengan nama "Dan Dan Dan" ha3!!! Actually nama yg kami senaraikan ni bukan dekat dgn jiwa pun, lebih pada sedap di sebut. Tapi makna dia emm...xsesuai langsung bila digabungkan. Biasalah org kita melayu ni kan biasanya lebih pilih sedap disebut..mcm me katalah pilih nama lebih pd sedap disebut kui3..cuba kita sebut maksud dia & panggil anak dgn panggilan maksud nama tu .. Contohlah "hye anak mommy, mata!Tak seram bunyi dia!! ๏_๏

Saif Zeeshan
Syaf Zidanne
Syimir Zafer
Saif Zaydan

Selain S & Z pun banyak tapi satu pun tak lekat di MyKid..hahaha.

Mikhael
Aydan
Danny
Andra

Dahhh semua nama nak sebut ala2 omputih terbelit lidah org tuo den!ki3..

Monday, March 4, 2013

EPISOD BERSALIN : 2DAYS 1NIGHT : ANGGERIK ROOM

8pm , tidur lena dia,dah u'uk....
After badan dikemaskini & rehat >> 10pm : Supper : Hungry 
supper ini pun dah nikmat woo...time ni xde nikmat nak mkn bubur or etc.
Woot!!comel kan Specialist sediakan untuk patient!
hihi baby kenyang dah daddy oii....
Ber Stokin !!! maaf kain batik tak main!! tak tau pakai sekian~
still young 25years old!yeeh!
Tidur dengan lena...cayang diaaaaa!
Nenda paling happy!!!

buat muka dah ^_^



Atok  A & Nenda A Jam 5:00pm , Jumaat 01032013

Sunday, March 3, 2013

WELCOME TO THE WORLD


01-03-2013 
03:13PM


my lovely !

Syukur alhamdulillah tak terungkap dengan kata-kata tak terbayang dengan mata pengalaman terindah bagi seorang insan yang bergelar emak ibu mama mommy ummi....
Ya Allah kau telah mempermudahkan segala urusanku, Ya Allah kau juga telah permudahkan aku melahirkan bayiku dengan senang dan selamat. Hanya padaMu aku bermohon...
Syukur kau telah perkenankan doaku ya Allah.. :-)

Kongsi bersama :




*nextupdatestorymory*

Saturday, March 2, 2013

DOA : NEW BORN : BABY MUNCHKIN


Tiap-tiap hari me berdoa agar dapat melahirkan bayi pada tarikh ini. Lagipun me suka sangat dengan date 1313.Bukan nak katalah..tiap-tiap hari baby duk mengeras je start 36weeks risau jugakkan? 36minggu pun baby boleh keluar juga sebab baby pun dah matang :-) tapi hari-hari me cakap usap-suap perut rangsang perkembangan otak baby  "sabar yea sayang, sayang lau nak keluar tunggu bulan mac, lau xsabar kuar syg kuar awal 1hb lau syg sabar sikit tunggu 3hb lau syg nak duk dalam rahim lagi kuar 10hb yea sayang...." bagi mommy settle kan satu persatu yea cyg baby...

Permintaan doa terakhir :

Ya Allah....andai engkau perkenankan doa hambamu ini...lahirkanlah kandungan bayiku ini dengan mudah dan perkenankanlah doaku ini melahirkan pada hari jumaat 1haribulan 3 tahun 2013...Amin.


*just set @blog*

Thursday, February 28, 2013

MOM & DAD TO BE


MY DUE DATE : 10 03 2013



ANUGERAH DAN PENGALAMAN YANG TERINDAH DARI MAHA ESA
TERIMA KASIH ALLAH BERIKAN KAMI CIPTA SEBUAH KELUARGA KECIL 
DENGAN BEGITU CEPAT. YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH.
AMANAH DARIMU.....INSYAALLAH.









*NOTE : Ok.ramai yang tanya mana pic preggy mana pic perut.Maaf me ada sebab-sebab berpantang kenapa tak upload pic di fb dan jarang sekali me nak upload pic perut. Kata erti lain jaga kandungan sebaik mungkin :-) So inilah saat me untuk publish ! Alhamdulillah.....Now Counting 10days left !!!!!!!

Wednesday, February 27, 2013

TRIMESTER THREE : 38WEEKS 3DAYS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

My Fetal Development

*Bayi sudah bersedia untuk dilahirkan. Bayi sudah kelihatan sangat comel sekarang disebabkan lemak yang terbentuk dibawah kulitnya. Lapisan lemak yang terbentuk ini penting untuk mengawal suhu badannya selepas bayi lahir. Kulit bayi sangat halus dan lembut. Berat bayi adalah sekitar 2.7kg - 3.2kg dengan panjang sekitar 50cm. Pada bila-bila masa sahaja akan bergelar seorang ibu!!!

Monday, February 25, 2013

KELEBIHAN DAN FADHILAT IBU MENGANDUNG

Kepada bakal ibu,mom,ummi perhatikan indahnya ketika hamil :



1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Monday, February 18, 2013

My Baby : 37 WEEKS



baby w

Today 17 02 2013 My baby progress 37 weeks and 7weeks in 2013
see? 7,7,7


Baby dah matang, so bila-bila masa baby boleh keluar dari pintu rahim me...
Harap dipermudahkan segalanya...amin.

ma...baby, keluar bulan 3 ok sayang......MOM and DAD LOVEYOU !!!!

Wednesday, February 13, 2013

PREGGY : TIPS URUTAN PERINEUM


Kongsikan bagaimana tips urutan perineum bagi ibu-ibu mengandung .
 Amalkan setelah mencecah 35minggu InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan...

Teknik urutan perineum :
1.  Sapukan jari dengan minyak VCO.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa 
lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.Ia seperti anda hendak 
menahan kencing atau menahan angin keluar.Tahan selama 10 saat dan lepaskan 
10 saat.Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong 
anda semasa proses bersalin nanti.

make sure kuku mestilah pendek.Elakkan terluka.
Sangat ngeri 1st time buat pergh....sakit!!! me buat selepas mandi pagi or petang.
Rasa tegang dan lepas tu ok dah... :-)



Thursday, January 31, 2013

CHECKLIST : MENYAMBUT KELAHIRAN MUNCHKIN

As Salam !


Saat yang ditunggu akan tiba tidak lama lagi....ok, me dah sediakan segala kelengkapan barang me and baby untuk ke hospital nanti.. Semua pakaian baby me dah cuci :-) barang-barang semua dah siap packing ! Encik hubby sila angkut bag2 me and baby ke dalam bonet k.....

CHECKLIST :
Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami  :
  Kad merah ibu mengandung* Kad pengenalan ibu dan bapa*
 GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans*
 ✔ Duit*  Rekod kesihatan*


*Keperluan ibu di hospital  :
 stokin  Selipar
 ✔ Tuala wanita untuk wanita baru lepas bersalin,
 Beberapa helai pakaian ibu( pakaian yang longgar)
 ✔ Beberapa helai kain batik  Tuala
 Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, bedak,losyen,syampu)
 ✔ Pakaian dalam yang bersesuaian dengan ibu (nursing bra untuk ibu menyusu)
 ✔ sikat, bedak, getah rambut ✔ Pum susu ibu @ botol susu
 ✔ Termos air panas, cawan, sudu, mangkuk
 Minyak angin✔  Beg plastik
✔ Makanan- biskut ,air,roti, kismis, kurma Kamera
✔ Telefon bimbit✔ Al-quran✔ Air zam zam/air selusuh 
 ✔ Beberapa helai tudung instant/selendang  Nursing Pillow

untuk memudahkan kita menyusukan bayi

Keperluan bayi di hospital :
 ✔  Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties*
 topi baby / cover kepala baby*✔  Bedung/barut baby*
 Alatan mandian baby* Wet tissue- untuk lap baby*
✔ Minyak telon*✔ Baby mamy poko * ✔ Selimut dan tuala untuk bayi*
  lampin dan sapu tangan*  3 - 4 helai pakaian baby*