Followers

Showing posts with label IBU HAMIL. Show all posts
Showing posts with label IBU HAMIL. Show all posts

Thursday, June 26, 2014

Pengalaman Mengandung Mengikut Trimester


TRIMESTER PERTAMA



Sekali lagi berkongsi pengalaman mengandung, kali ini preggy agak terpinga-pinga bertambah perasaan keliruan mana tidaknya tak mabuk, tak loya, di awal preggy tu rasa bertenaga sahaja, kerja macam biasa, naik motor merempit sampai PJ naik LRT slumber, sikit pun tak beri hint tanda-tanda awal pregnant!indahnya ciptaan Allah."sumpah me tak perasan yang me pregnant lagi". Oktober 2013 segalanya memberi tanda soal ??? me tak tahu bila last period kot,unremark!ahaa biasanya hubby yang ingat, tapi kali ni dia pun sama tak perasan pula bila me last period ahaahaaa, nak dipendekkan cerita "hadiah hari ulangtahun kelahiran kami berdua" tergerak hati nak buat UPT bila diri terasa kelewatan period pula,emmm ok,mom & dad sampai 3kali beli UPT, 1st & 2nd check time balik keje,so time tu malam. Dalam hati, minta keajaiban, wooooww! ternyata 2line. Ok!! still tak percaya!selang 2hari lagi,beli UPT kt Jaya Jusco,check time pagi pula, sambil pejamkan mata, eh.....2line juga.Encik suami pun berkata,terima dengan hati terbuka sambil memberi senyuman ketam lemau.Dari situ mulalah macam-macam perasaan ada,pelbagai luahan si isteri kepada suaminya ahaahaaa.Ok weekend hubby pun bawa me pergi checkup untuk final confirm,1st kami pergi check di Az Zahra Bangi, ternyata positif & bila scan, baby agak dah besar, woot wooot....dah masuk 10weeks.Wow! so amazing rupanya kehulur kehilir ada isi. eurm pelik juga sebab sikap wildan tak ada tunjukkan reaksi or perangai yang menjengkelkan pun. Good son! Itulah yang dikatakan kita manusia hanya merancang Allah yang menentukan.

for double confirm checkup di specialist pula, yea doktor sahkan me pregnant, me suka consultant dengan Dr.Madhu sebab dia seorang wanita berusia, berpengalaman, berpengetahuan dalam pakar O&G.(Doktor time wildan)Terima kasih doktor beri kata-kata dorongan.
she said" you all very young so you all masih kuat masih mampu mungkin 10tahun lagi you all jadi kaya raya,Tuhan beri terima sahaja,biarkan apa orang nak kata.Positive and Believe!Hargailah kehadiran sebesar "diamond"(zuriat).Ucapan tahniah diberi & sememangnya kamu pasangan yang subur,bersyukurlah.
kata-kata positif dari seorang Doktor berbangsa India.Subhanallah,kadang-kadang kita perlukan kata-kata semangat dalam hidup kan,tak kiralah siapa yang memberi kata-kata tersebut.Ok, balik rumah, hubby cakap dengar tu sayang "diamond" diamond tu mahal nilainya syg....terima dengan hati terbuka ok. me?baiklah.Ok dari situ kami berkongsi cerita, rasa-rasa baby boy or girl? tipulah setiap pasangan mesti nak kan sepasang kan?tapi husband me tak kisah pun,me je yg lebih, dengan harapan tiap-tiap malam me bertanya soalan yang sama dekat hubby...ahahaha......hubby cakap twin kot!!emm. . . .

TRIMESTER KEDUA 

Alhamdulillah, trimester two 13-27weeks . hari ke hari perut mula membesar, sambil duduk meraba-raba perut still tak percaya siap suruh hubby raba sekali ahaha "kenapa perut tak rasa besar pun" si isteri boleh pula tanya si suami macam tu yea aha (awal lagi mana timbul) aha still tertanya lagi dengan keajaiban ini.hikhik maklumlah buatan suami kihkihkih,me confius sebab me tak ingat langsung last date period.sebab tu me jadi camni nak refresh last date tu punyalah makan masa.Me checkup kat specialist je pintu hati tak terbuka lagi nak buka buku pink kat klinik gov,KK.haisehhh.....sorry.

Start 17weeks terasa tak selesa bila pergi & balik kerja ketika di train dalam keadaan sesak,penuh himpit oh Tuhan,mulalah me resah,berpeluh,terasa mengah tengok manusia terlalu ramai.Pernah sekali tu pergi kerja terpaksa turun kat Pudu tiba-tiba terasa kepala pusing,so secara tak langsung me MC, hurm call hubby, hubby jemput,nak buat macam mana kan itu je kot mabuk yang menyusahkan suami.ahahaha yang lain-lain tak pernah alami, muntah hijau merata pun tak pernah kadang terasa juga nak feeling-feeling morning sickners. Tapi syukur alhamdulillah me tak alami seteruk orang lain mengandung.  

Ok,start 20minggu me baru terkedek-kedek buka buku pink,hikhik so jawabnya semua kena settle ujian HIV, kencing,darah,injection kancing gigi(1Xfor2ndbaby),dental cares & minum air gula,start zero semula lol, alhamdulillah result everything ok :) tepat sekali semasa checkup di Sentosa Specialist result everything clean.Hati ibu sangat bahagia,tiada masalah keputihan,kencing kotor,darah tinggi,kencing manis,semua tiada, clean & clear gitu...syukur..nak bukti?meh dtg jumpa me akan tunjuk buku pinky itu.

hujung-hujung trimester kita "kaw2 shopping"
part paling best bila melangkah ke "Mothers Care"

TRIMESTER KETIGA 


Taknak banyak cerita,cuma nak kongsi,perasaan tu semakin mengedik-gediks,beremosi memanjang,yang jadi mangsa macam biasalah suami,kuikuikui...emm,perubahan hormon  & penerimaan roh baru dlm badan katakan.Nasiblah,dah awak mengandungkan saya,ahaa!!Sepanjang checkup pula,sentiasa ok everything ok tiada masalah kesihatan,cuma bila doktor scan kepala baby agak kecil sedikit mengikut minggu sepatutnya "makkk aiii...." 35minggu katanya, sedangkan me time tu 39minggu ok,tunggu masa nak pop!!!  Alhamdulillah baby pop 39weeks & sempurna :)

To be continue. . . 

Wednesday, October 17, 2012

TRIMESTER TWO : 20 WEEKS


Yeah......finally now I am 20weeks! Alhamdulillah.....sekarang berat badan pun dah bertambah!
Hemoglobin : 12.5
Weight : 43kg
Tekanan Darah : Normal





My baby semakin lasak menendang-nendang, cuit muit...oh awesome! Hubby dah suka belai-belai perut me, perut pun dah besar :-) yeah!hubby suka kacau baby bubuh lampu suluh atas perut me. Lau me mengadu baby duduk diam tidur,hubby sukalah kacau time baby tidur,baby pun mulalah mengeliat gerak sana gerak sini...oh! geli.......baby tak suka kita duduk diam tau, lau duduk diam mulalah buat boxing dalam perut... Bila kita kerja tak rasa sangat sebab kita sebok tapi bila time kita rest dengan husband mulalah............

Perkembangan bayi :
Otot-otot bayi anda semakin kuat. Pastii merasakan pergerakkannya sekarang. Anda merasakan seperti gerakan libasan angin letupan belon buih didalam badan. Bayi anda bergerak lebih kurang 200kali sehari. Tetapi anda hanya akan dapat merasakan sedikit sahaja daripada gerakan ini.

NOTE : JANGAN BOSAN CHECKUP BERSAMA KLINIK GOV!

Monday, October 1, 2012

TRIMESTER TWO : SCAN 16 WEEKS

Perkembangan bayi Minggu ke 16 :

Masih terdapat banyak ruang di dalam rahim membolehkan bayi bergerak di sekitarnya.Kulit bayi pada minggu ini akan berkembang tetapi masih nipis dan dalam keadaan lutsinar.Ia akan kelihatan merah disebabkan saluran darah yang masih lagi jelas kelihatan.
Az-zahra bangi
My baby sangat aktif, maybe baby so excited kita tengok dia.Mula-mula tunjuk aksi main pusing-pusing satu badan, tunjuk peha, tangan, kaki and the last bagi tunjuk punggung...sangat geli hati yea..Oh, anak mommy pandai posing gitu...Doktor pun gelak-gelak k sangat bijak and susah nak snap.Macam-macam gelagat sudah pandai ya....Hubby pula duk gelak-gelak sambil rekod and snap ma pic guna tab. Sweet!

Friday, September 21, 2012

ANMUM MATERNA

I LOVE ANMUM MATERNA

MASA UNTUK SEGELAS LAGI ! SO FEEL !!
LAGI-LAGI HUBBY YG TLG BUAT NAK NENEN.......!
Maaf me tiada alah pada susu, me ni jadi orang sangat easy,
 biasakan diri minum susu dari seawal kids ok!
 Bab susu tak memilih me boleh telan walaupun original. 

Kenapa ANMUM?
Sebab kandungan dalam susu ANMUM sangat baik especially asid folik ok!!wassalam...

Friday, August 31, 2012

TRIMESTER ONE : MORNING SICKNESS : ALAH PADA UBAT GIGI


Morning sickness typically continues from 4th week of pregnancy through the 16th week.



Anda Mabuk ?
Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis (bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menghidapi hyperemesis. Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda.



Me, 1st week - 8week : No Morning sikcness !

Now, My baby in progress : 13 week

-TERPAKSA WALAU TIDAK SELESA-


Alhamdulillah, me mabuk dengan keadaan yang terkawal.Me hanya alah pada ubat gigi time me bangun pagi pergi kerja mulalah berhati-hati dengan ubat gigi,fobia pula tengok ubat gigi....ekekeke..(bajet fasha sandha) tapi itulah yang me tangung sekarang ni..Yes!Ubat GIGI !! Makan apa je me tak tolak, pergi kerja macam biasa makan pun macam biasa lagi me kuat makan.Me tidak alami muntah yang teruk hingga ganggu kerja harian me, alhamdulillah awal-awal me hanya muntah bila bau hanyir seperti ikan , sayur , ayam memang me tak boleh bau, awal-awal me suruh hubby siang ikan bersihkan ayam jika me nak masak didapur :-) 

Wednesday, August 29, 2012

TRIMESTER ONE : 12 WEEKS


Today me ada appointment  nak tahu apa result?

Hemoglobin : 13.5
Weight : 40.5kg
Tekanan Darah : Normal

Trimester 1 : 12 weeks
-Akhir trimester pertama , organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Ukuran fetus sekarang lebih kurang sekitar 8cm. Semua organ vital bayi sudah terbentuk. Otak juga sudah dapat berfungsi. Dengan signal dari otak, otot akan memberi respon dan tindak balas. Bayi anda sudah boleh menendang!

*Alhamdulillah me tak mabuk pun masa pergi and balik bekerja!
Alhamdulillah....thank you Allah....


Ok! Selalu belai perut dengan penuh feeling.......baiiii....

Thursday, August 2, 2012

DIARI HAMIL


Buku Diari Hamil me beli dekat dengan tempat kerja, harga RM26.00. 
Kepada ibu-ibu yang rajin berdiari bolehlah abadikan kenangan semasa mengandungkan anak kita :-) 

Thanks to Yuna(opismate) suggest for this book....
She also mommy to be , the due date 12-12-12.

Selamat Berdiari !!!

Wednesday, July 25, 2012

BUKU PINK UNTUK IBU MENGANDUNG


Kandungan me baru nak cecah 8 minggu....
ada 2 pilihan bila kita nak buka :

1- Kerajaan - Lebih terperinci dan ambil berat tentang kandungan , background ibu hamil.
2- Swasta - Seperti Consultant,kita share apa yang kita nak tahu atau masalah kita tentang kesihatan.


Ok, untuk pengetahuan, 2-2 kita perlu buat. Sebab kita tak ada perancangan lagi nak bersalin dimana.Awal-awal preggy memang tak ada perancangan apa yang perlu kita jaga kandungan kita sebaiknya. Di awal trimester 1 kandungan masih tak kuat lagi langkah berhati-hati menjaga pemakanan untuk janin sangat perlu dan kita juga tak tahu apa masalah kandungan kita bila mencecah trimester 2 dan 3.

Result Checkup :

Hemoglobin  : 13.5
Weight : 40kg

Thursday, July 19, 2012

TRIMESTER ONE : FIRST SCAN


Minggu ke Tujuh!!

Check up first !!
after confirmation at three clinic :

1: Klinik Hartati : result +
2 : Klinik Riki Baba : result +
3rd : Klinik Kesihatan : result +
*picture scan pun secomel mutiara*

Disahkan anda positif - 7weeks. 




* Minggu ke Tujuh : 
Embrio kelihatan seperti berudu, pada minggu ini anda sudah dapat mengenali kepala, ekor,tangan, anggota badan lain yang masih seperti tunas.Pembentukan awal hati, pankreas, paru-paru,kelenjar tiroid and jantung juga terjadi pada saat ini. Bayi mempunyai refleksi dan dapat bergerak spontan.Tetapi masih belum dapat merasakannya. Pada akhir minggu ketujuh juga otak bayi akan terbentuk lengkap.

Awesome !
Reminder : Buku pink wajib dibuka ya mOmmy.......

Wednesday, July 18, 2012

DISAHKAN HAMIL

Before check out from Timber House Resort, Ao Nang Krabi 
1st --> Take UPT

2nd --> Oh berderbar-debar apa reaksi akan muncul sebentar lagi?
 sedih?
gembira?

3rd --> Check UPT

ALHAMDULILLAH DISAHKAN POSITIF!! 
DUA LINE OK....
BUNTING PELAMIN..... ;D


Hubby tersenyum senyum tersengeh-sengeh macam kerang busuk !! aha...

Me tahu me dah lewat sebulan tak datang period, tapi me buat cool je...hubby lagilah cool, rileks ok.Sebab me pun tak nak bagi tension or tertanya-tanya or fikir-fikir, time tak harap sangat nanti kuciwa pula.Emosi kita terganggu siapa susahkan?me rasa yakin baru me buat.Alhamdulillah Allah gerakkan hati me check UPT before balik ke Malaysia.

Ok , cuba bayangkan time tu me naik flight? buat tak tahu je....mabuk pun tak. Morning sickness ? Oh lagilah tak ada.Dalam flight lagi suka..macam biasa me naik flight langsung tak tunjuk reaksi yang kita sedang mengandung preggy lah kan...me kat sana pn macam tu langsung tak mabuk, sangat lasak, kuat makan, agresif bak kata orang tak tau penat.Memang macam biasa. 

Pengalaman?
Sepanjang kat sana paling lasak time naik speedboat.pergh dalam boat tu ramai tau one group around 70-90 person mayb. Bayangkan bukan naik boat sejam dua jam sampai pastu balik. Ni sehari suntuk dengan ombakkkkkkkkk rinduuuu yang besarrrrrrr tuuuuuu memang tak dapat bayangkanlah terhentak-hentak kuat sampai me and hubby pun terangkat pungung melantun tau, ni sebab nak duduk kat bahagian luar depan  menikmati udara and pulau-pulau yang cantik so faham-fahamlah boat tu macam mana. Lepas tu me snorkling, ok! rugi ni tak turun snorkling nak rasa guk berenang kat pulau negara luar. wow sejuk! 

Sepanjang aktiviti kat sana berjalan sahaja tapi kami banyak dihantar dengan driver hikhik istimewa sangat layanan kat sana sangat baik taking care bila nak melintas siap pegang tangan saya tu..hubby sebok take picture je..memang terasa honeymoon! Dijemput dihantar depan resort oleh owner means boss yang hantar bawa kami jalan-jalan tau, bukan staff dia ok.Hubby suka jalan laju, so ikutlah hubby jalan laju-laju guk..nasib me ni juara merentas desa hahaha tapi time shopping tak bolehlah laju-laju, nak kena ketuk?

Shop lot Krabi


Jalan-jalan naik tut-tut
Picture me and hubby...
suasana di night market >>
Ao Nang night market
Vios peneman setia dijemput, berhoneymoon hingga pulang ke Airport
Aku cuba banana shake !

apehal orang DIGI sampai ke sini oiii
Shopping I love Krabi
tengoklah! sampai dia pimpin tangan me,oh my hubby mana?aha...
terbaik pemandu pelancong yg sangat take care!
kreatif kan?
Ini masih dijari, ini baru dinamakan HONEYMON!!
Ok buah tangan T-Shirt Krabi semua dapat ok!!
barang-barang kat sini kena pandai tawar menawar & paling penting buat muka poyo sikit,sebab depa tau kita org luar kan semua harga nak tekan & pandai survey! Nak shopping bolehlah ke Night market di Ao Nang & Krabi.Oh ye,ada masa time honeymoon me happy sangat lepas tu me jadi merajuk tak tau pasal apa oh sensitif tetiba...rupa rupanya!!!jengjengjeng.....Ok, bai....