Followers

Thursday, June 26, 2014

Pengalaman Mengandung Mengikut Trimester


TRIMESTER PERTAMA



Sekali lagi berkongsi pengalaman mengandung, kali ini preggy agak terpinga-pinga bertambah perasaan keliruan mana tidaknya tak mabuk, tak loya, di awal preggy tu rasa bertenaga sahaja, kerja macam biasa, naik motor merempit sampai PJ naik LRT slumber, sikit pun tak beri hint tanda-tanda awal pregnant!indahnya ciptaan Allah."sumpah me tak perasan yang me pregnant lagi". Oktober 2013 segalanya memberi tanda soal ??? me tak tahu bila last period kot,unremark!ahaa biasanya hubby yang ingat, tapi kali ni dia pun sama tak perasan pula bila me last period ahaahaaa, nak dipendekkan cerita "hadiah hari ulangtahun kelahiran kami berdua" tergerak hati nak buat UPT bila diri terasa kelewatan period pula,emmm ok,mom & dad sampai 3kali beli UPT, 1st & 2nd check time balik keje,so time tu malam. Dalam hati, minta keajaiban, wooooww! ternyata 2line. Ok!! still tak percaya!selang 2hari lagi,beli UPT kt Jaya Jusco,check time pagi pula, sambil pejamkan mata, eh.....2line juga.Encik suami pun berkata,terima dengan hati terbuka sambil memberi senyuman ketam lemau.Dari situ mulalah macam-macam perasaan ada,pelbagai luahan si isteri kepada suaminya ahaahaaa.Ok weekend hubby pun bawa me pergi checkup untuk final confirm,1st kami pergi check di Az Zahra Bangi, ternyata positif & bila scan, baby agak dah besar, woot wooot....dah masuk 10weeks.Wow! so amazing rupanya kehulur kehilir ada isi. eurm pelik juga sebab sikap wildan tak ada tunjukkan reaksi or perangai yang menjengkelkan pun. Good son! Itulah yang dikatakan kita manusia hanya merancang Allah yang menentukan.

for double confirm checkup di specialist pula, yea doktor sahkan me pregnant, me suka consultant dengan Dr.Madhu sebab dia seorang wanita berusia, berpengalaman, berpengetahuan dalam pakar O&G.(Doktor time wildan)Terima kasih doktor beri kata-kata dorongan.
she said" you all very young so you all masih kuat masih mampu mungkin 10tahun lagi you all jadi kaya raya,Tuhan beri terima sahaja,biarkan apa orang nak kata.Positive and Believe!Hargailah kehadiran sebesar "diamond"(zuriat).Ucapan tahniah diberi & sememangnya kamu pasangan yang subur,bersyukurlah.
kata-kata positif dari seorang Doktor berbangsa India.Subhanallah,kadang-kadang kita perlukan kata-kata semangat dalam hidup kan,tak kiralah siapa yang memberi kata-kata tersebut.Ok, balik rumah, hubby cakap dengar tu sayang "diamond" diamond tu mahal nilainya syg....terima dengan hati terbuka ok. me?baiklah.Ok dari situ kami berkongsi cerita, rasa-rasa baby boy or girl? tipulah setiap pasangan mesti nak kan sepasang kan?tapi husband me tak kisah pun,me je yg lebih, dengan harapan tiap-tiap malam me bertanya soalan yang sama dekat hubby...ahahaha......hubby cakap twin kot!!emm. . . .

TRIMESTER KEDUA 

Alhamdulillah, trimester two 13-27weeks . hari ke hari perut mula membesar, sambil duduk meraba-raba perut still tak percaya siap suruh hubby raba sekali ahaha "kenapa perut tak rasa besar pun" si isteri boleh pula tanya si suami macam tu yea aha (awal lagi mana timbul) aha still tertanya lagi dengan keajaiban ini.hikhik maklumlah buatan suami kihkihkih,me confius sebab me tak ingat langsung last date period.sebab tu me jadi camni nak refresh last date tu punyalah makan masa.Me checkup kat specialist je pintu hati tak terbuka lagi nak buka buku pink kat klinik gov,KK.haisehhh.....sorry.

Start 17weeks terasa tak selesa bila pergi & balik kerja ketika di train dalam keadaan sesak,penuh himpit oh Tuhan,mulalah me resah,berpeluh,terasa mengah tengok manusia terlalu ramai.Pernah sekali tu pergi kerja terpaksa turun kat Pudu tiba-tiba terasa kepala pusing,so secara tak langsung me MC, hurm call hubby, hubby jemput,nak buat macam mana kan itu je kot mabuk yang menyusahkan suami.ahahaha yang lain-lain tak pernah alami, muntah hijau merata pun tak pernah kadang terasa juga nak feeling-feeling morning sickners. Tapi syukur alhamdulillah me tak alami seteruk orang lain mengandung.  

Ok,start 20minggu me baru terkedek-kedek buka buku pink,hikhik so jawabnya semua kena settle ujian HIV, kencing,darah,injection kancing gigi(1Xfor2ndbaby),dental cares & minum air gula,start zero semula lol, alhamdulillah result everything ok :) tepat sekali semasa checkup di Sentosa Specialist result everything clean.Hati ibu sangat bahagia,tiada masalah keputihan,kencing kotor,darah tinggi,kencing manis,semua tiada, clean & clear gitu...syukur..nak bukti?meh dtg jumpa me akan tunjuk buku pinky itu.

hujung-hujung trimester kita "kaw2 shopping"
part paling best bila melangkah ke "Mothers Care"

TRIMESTER KETIGA 


Taknak banyak cerita,cuma nak kongsi,perasaan tu semakin mengedik-gediks,beremosi memanjang,yang jadi mangsa macam biasalah suami,kuikuikui...emm,perubahan hormon  & penerimaan roh baru dlm badan katakan.Nasiblah,dah awak mengandungkan saya,ahaa!!Sepanjang checkup pula,sentiasa ok everything ok tiada masalah kesihatan,cuma bila doktor scan kepala baby agak kecil sedikit mengikut minggu sepatutnya "makkk aiii...." 35minggu katanya, sedangkan me time tu 39minggu ok,tunggu masa nak pop!!!  Alhamdulillah baby pop 39weeks & sempurna :)

To be continue. . . 

Tuesday, May 20, 2014

RESEPI NASI AYAM


NASI AYAM MAK BUYONG !!!

Bahan - bahan :
1.Ayam - Seekor
2.Halia - 3hiris besar
3.Bawang Merah Besar- 3 biji
4.Bawang Merah Kecil - 3 biji
5.Bawang Putih - 5 biji
6.Tomato -  2biji
7.Cili Merah Besar - 2 biji
8.Salad - 1/2 / biji
9.Sedikit kayu manis, cengkeh, bunga lawang & sup bunjut
10.Kicap manis
11.Madu & gula

Cara - cara :
1.Kupas & kisar cili merah serta bawang-bawang tersebut.
2.Cuci ayam sehingga bersih kemudian rebuskan ayam tersebut sehingga ayam kelihatan lembut.
(air rebusan disimpan) dalam masa 7minit.
2.Keluarkan ayam tersebut dan biarkan sejuk dalam 10minit.
3.Sediakan periuk yang lain untuk memasak sup ayam kemudian campurkan sedikit air rebusan tersebut ke dalam periuk sup dan bahan-bahan sup seperti sup bunjut(so easy) & bubuh garam.
4.Kemudian,bubuh ayam yang disejukkan tadi dengan kicap manis, serta bawang merah & putih.Jika tiada madu campurkan sedikit gula supaya kicap tersebut lekat pada ayam & perap selama 30minit.Bubuhkan secubit garam setelah diperap,goreng ayam dengan api yang sederhana.
5.Masakkan kicap di atas kuali yang bersih, masukkan bawang serta sedikit kayu manis, cengkeh & bunga lawang.
6.Masakkan cili merah sehingga masak kemudian campurkan sedikit cili sos,gula dan garam.


Cara - cara memasak nasi :
1. Panaskan periuk nasi bersama planta
2. Masukkan sedikit cengkeh,bunga lawang dan kayu manis
3. Masukkan beras yang telah dibasuh dgn suci
4. Masukkan air rebusan ayam tadi & tunggu sehingga masak

SIMPLE KAN?
*mak buyong keje nak makan nasi ayam je. . . . hehehe

Monday, March 10, 2014

STRAWBERRY DAN TOMATO

Assalam .

Nampak tak betapa sukanya pada strawberry ?
Nak kongsi sikit apa yang wildan suka makan setelah dia diizinkan untuk diberi makan sejak 6bulan lepas. (Now 1year old).Naik 7bulan pantang nampak tomato dalam freezer . Duduk nangis rupanya nakkan tomato , ok kami try & error! Ternyata habis setiap hirisan tomato itu. MasyaAllah, ikut jejak mommylah ni, oklah kecik2 dah amalkan jaga pemakanan & kesihatan. Good for you. One day, kami bawa jalan-jalan ke Jaya Jusco, eurmm macam biasa pilih buah, antara grape and strawberry. Biasanya kami beli anggur tapi tengok juga kualiti buah, sebab me sukakan anggur, tapi anak pula nak strawberry, haishh demand pula dah, tak nak lepas, siap suruh kami buka time tu juga,buah mahal ni sayang oiii...bayar dulu,pandainya dia ni.. Daddy awak ckp, "dulu kita nak beli pun fikir 2-3X, sebab masam lagi satu mahal RM11-12 kot n tengok kualiti buah import & export tak sama. Ok, kami beli tiap minggu, kena buat stock strawberry pula, pernah juga beli di Pasar, murah je RM5 dari Cameron & kami bagi wildan, kami bagi test iq, pandai dia memilih korea strawberry juga yang sedap. Makan seumpama makan keropok, pantang dipelawa! mencekup punya pantas!kami duk tergelak tengok kebijakkan dia.Dia sangat pandai tak telan pun biji strawberry tu. Ambil masa 2-3minit akan habiskan hisap gigit then tgl isi putih dia hulur kat kami,mujurlah wahai anak bapak.

kesukaan pencinta strawberry

Sunday, March 9, 2014

We Love Huggies

 Ok , sekarang bila ada anak sebok kaki tu nak pergi expo baby, motherhood, parenthood tak kisahlah janji berkaitan baby. Ha sebab apa kami suka HUGGIES ? Sebab HUGGIES je kot yang hargai pelanggan-pelanggannya contoh kerap buat promotion lepas tu ada dapat hadiah sekali, mana tak jatuh cinta & setia dengan HUGGIES!!!time wildan 3bulan wildan dapat kolam renang biasa & kali ni wildan dapat lagi bentuk duck!wahhhh lepas ini wildan bolehlah berenang2 bersama duck tu pula ! yeayy!!

Untuk abang & adik new born gitu!!Awal-awal dah buat stock!


me suggest yang kat luar sana kepada anda yang masih tercari-cari kesesuaian untuk bayi anda pilihlah pampers huggies untuk anak-anak anda , tiada masalah kebocoran, lebih serap & tahan lebih lama jika memilih Huggies Ultra iaitu berwarna hijau.

Ok ini budak mengidam makan pizza hut after shopping @ Malaysia International Parenthood Fair, SACC terus bergegas ke Pizza Hut Kota Kemuning.
Lapar !!!

Wednesday, March 5, 2014

HAPPY 1ST BIRTHDAY SON

Syukur Alhamdulillah ,
01 03 2014 genaplah usia anak  kami satu tahun .
Majlis berjalan dengan lancar, disambut dengan cara kesederhanaan & sempurna .
Terima kasih kepada keluarga & jiran2 yang hadir, banyak abg dapat hadiah. 
Mcm faham je apa erti hadiah ๏_๏ kui3 jujurlah raut wajah tuu mmg nampak suka sangat!syukur....

Semoga anak mommy & daddy perolehi kehidupan yang baik, penuh kasih sayang, bijaksana, 
sentiasa disenangi, pandai berdikari, anak yang soleh serta bertanggungjawab kepada bakal adik abg nanti & kedua ibubapa serta taat pada perintah Allah. amin...
Tema : Superman . Thank you AnisBakery.Net.








Story : Sehari suntuk mommy & daddy buat preparation ala2 last minutes bukan setakat mommy & daddy je uwan,mamara & ucu turut serta tau!!alhamdulillah semua cukup, lengkap,dapat juga mom & dad cari T-shirt Superman untuk wildan,jawapannya beli di Pavilion! Sepanjang majlis, cuma wildan uqail tak puas tidur terpaksa mom & dad kejutkan dia.hihihi sorry son,So,muka ketatlah jawabnyakan... bangun2 terpaksa tukar baju & potong kek lepas bacaan doa selamat & kesyukuran untuk adik :) ok nampak tak daddy awak yg lebih excited potong kek dari awak?Terima kasih daddy utamakan keluarga. Syukur Ya Allah atas rezeki ini. Syukur Alhamdulillah.LOVE!

Friday, February 28, 2014

PREPARATION 1ST BIRTHDAY WILDAN UQAIL


Assalam , 

Perkongsian cerita disini , last minute baru nak mengelabah cari kek , baru nak fikir masak apa , beli hadiah apa , tema apa , baru mengelabah nak buat list sebelum ni buat apa???! ini jawapan sopan,sebelum ini dad & mom nak bawa wildan bercuti & potong kek je. Tapi bila daddy cakap ishhhh tak boleh kesian dia nanti tak fair!gambar dengan atok,nenek,wan tak ada untuk 1st time.Ok,fine. Lagi 2hari nak fikir!!!!!!

Ya Allah, ini anak bujang kami buat pertama kali untuk menyambut hari jadi. Banyak juga idea yang timbul & bercanggah dengan daddy heehee daddy awak agak cerewet sedikit kalau mommy main ok je!! Kita sambut dengan cara sederhana sekurang-kurangnya anak daddy & mommy tak terkecil hati dengan kawan sebaya bila besar nanti. So kami sebagai parents decide 2hb & searching kek sama-sama, awal-awal lagi mommy dah X SR rasa kek dah tak berapa sedap then pilih BR . Ok daddy pun setuju & balik rumah daddy cakap kek xtahan lama satu jam lepas tu cair. ermmmm......lepastu selang sehari searching lagi oh nak buat tema ni ***** ok kalau pembuat kek tu still open order!TERNYATA HAMPA!Ok...malam 28hb searching lagi terjumpa akak bakery,duduk kajang sungai ramal dalam, dengan tak malu whatsup 11:50pm dengan mohon maaf pada akak anis bakery,sebab ganggu lewat malam.(takut juga dikata tak ada adab) Nampak tak mommy awak tak putus asa?semuanya untuk menempah kek yang kami inginkan. Ternyata dia masih buka tempahan ! Alhamdulillah alhamdulillah......(tunggu hasilnya ok) pagi2 duduk bincang dengan daddy,awak nak kek macam mana?Ok kami pilih rainbow! 

Pesanan : Jangan Noty noty yea mommy & daddy ! :-)

Saturday, February 1, 2014

HOLIDAY : PULAU PINANG


Road Trip Penang 
18 January 2014 - 20 January 2014
Finally , mommy tak mengidam lagi naik feri ! 
Terima kasih daddy . :)

aktiviti naik feri , lunch nasi kandar line clear , then checkin mandi kolam ! 

Nak makan passembor , Jalan-jalan night market, gurney plaza . 

Hari kedua jalan-jalan dibukit bendera , note : ic wajib ada half price .
Family .
Penang Hill
Annual Dinner . 
Lovely .

Next :
Pagi pagi breakfast di Street Road
famous .
betul2 tepi jalan .



Sweetheart .
sempat shopping jeruk pak ali sebelum berangkat pulang .
Tempat makan paling best : Nasi Kandar Line Clear , Passembor Menari , Gurney . Roti Cani Street Road .
Ok, sekian , Assalam !

Monday, January 13, 2014

HOLIDAY : BUKIT TINGGI PAHANG

Wildan Uqail bawa uwan jalan-jalan .
Lokasi : Bukit Tinggi .
Weekend bersama Family !!




caption : bahagianya keluarga bermula dengan kasih sayang .

Caption 1 : I'm hungry .

 keluarga lebih bernilai dan berharga . Dalam hidup Ibubapa sangat penting !!!

Monday, January 6, 2014

My Love




hai!!!!!nama saya wildan :-D jangan tengok blog mummy mcm tu ok..

Saturday, October 19, 2013

HAPPY 26TH BIRTHDAY DEAR DADDY

For you daddy...
happy birthday to you...
May Allah bless you dear daddy...
We love you!!!muah muah......






+ perangkap yg berjaya!!! ikut cakap bini..actually me btau husband nak bawa makan tengahari je kat tepi jalan kedai cikai je..tu je yg bini awak mampu u.....ahahaha.............



venue : Flora Cafe Ampwalk , sangat sedap & puas hati masakan disini!!!sesuai untuk pasangan romantika xpayah pening2 kepala serah semuanya kepada mereka.sure hubby awak malu2 kucing meowww!!!


Monday, October 14, 2013

SALAM AIDILADHA 1434H / 2013


Kepada pakcik & makcik me, Dato' Dr. Asri & Datin Dr. Hartati & semua muslim muslimin selamat menunaikan ibadah haji dengan memperolehi haji yang mabrur...amin...

selamat hari raya korban !!
mood mengidam : tak sabar nak makan sup tulang, ekor & daging!

pesanan ikhlas : Selamat balik kampung!! hati-hati dijalan raya!!

Picture abah tahun lepas mengerjakan haji & umrah.
 Alhamdulillah, abah berjubah putih. Haji Ahmad .



A Fairmont Hotel
Disinilah tempat abah menginap selama mengerjakan haji . Thumb up pandai abah snap pic!