Followers

Thursday, January 31, 2013

PREGGY : D0A DAN SURAH AMALAN SEPANJANG HAMIL





28weeks :-)
Doa :
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh."

Antara surah-surah Al-Quran yang me amalkan iaitu
Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati & kuat ingatan.
Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin.
Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa & akhlak.
Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal & jiwa.
Surah Yasin - Untuk ketenangan hati & anak tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Toha - Semoga bayi lembut hati.
Surah An-Nahl - Untuk memperoleh anak yang berdisiplin.
Surah At-Taubah - Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat.
Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat hati-hati.



Walaupun me tak dapat amalkan hari-hari,dalam seminggu me sedaya upaya selepas solat zohor or asar me amalkan membaca surah surah al-quran dan tafsir al-quran (meaning sekali) dan selepas solat maghrib me amalkan surah al-fatihah berkali-kali bersama ayat kursi dan surah al-insyirah.Setiap malam jumaat pula me amalkan membaca surah yasin.. InsyaAllah...mencari keredhaan.Jiwa lebih tenang dan lapang :-) im not perfect !

No comments: