Followers

Tuesday, February 12, 2013

MAK BIDAN DAN RAHSIA BERPANTANG 100 HARI

Awal-awal dah beli set Tanameera
3 bulan sebelum bersalin perkara yang utama adalah mencari bidan yang terbaik dari rakan-rakan sebaya yang telah melahirkan bayi. Ok, 1st me tanya bff me Yana, memandangkan bff pun berpantang di rumah mertua and guna khidmat mak bidan di Pahang just balik sini urut badan sahaja after 44hari. Ok, seterusnya me tanya bff me Dell, Dell berpantang disini so dari sini me bersharing dengannya.

Perbezaan Mak Bidan me and Dell :

Me : Mak Bidan Charge RM100.00 untuk sekali so kali kan 5hari RM500.00
Dell : Mak Bidan Charge RM225.00 untuk 5hari

Apa yang me dapat dengan RM500.00 5hari ?
Mandikan bayi,mandian herba ,bertangas ,bertungku ,urut ,pakaikan bengkung.
Perkhidmatan mak bidan Dell hanya urut badan dan mandikan bayi sahaja.Berbezakan?


Ini rupa bertangas pada yang tak tau bertangas tu apa.


Ok, nampak mahal tapi itulah hakikat zaman sekarang tiada yang murah.Me pun banyak survey google yang boleh walk in ke rumah hanya urut sahaja RM80.00. Yang kat sini semuanya nak menjemput, tak ada masa pula nak jemput-jemput pula.Lastly me dapat mak bidan iaitu mak mertua sepupu me dari Prima Saujana Kajang me call Auntie Aini so pada you all yang nakkan perkhidmatannya boleh contact for appointment, anytime only KL and Selangor.


Mak Bidan : Auntie Rumaini @ Aini 
phone number : 012-363 6185



Berpantang 100Hari anda mungkin pernah dengar?


Ok,last week me hang out with my sister.Biasalah duduk bercerita pasal preggy and sorang dari kawan sis sangat ramah orangnya.Soal berpantang?Dia kata ada rahsia kena pandai jaga sebaik-baiknya berpantanglah 100hari. Ini disebabkan amalan orang-orang lama suka berpantang 100hari kalau badan nak sihat kuat ikut pantang 100hari,100hari pun still pakai bengkung berpeluh-peluh pergi kerja and yang penting husband suka dan sayang,husband lagi galakkan kita untuk sihat.Dengarlah cakap akak percaya! tapi akak tu memang cantik kurus, tinggi, body sekeping je umur 34tahun muka ceria! Soalnya...mampukah 100hari? Boleh tahan ke............kuikuikuikui.....  

No comments: